Siapa Kami

Glory Tersangat Awesome

Kami di Glory sentiasa berusaha memastikan anda dapat memiliki fesyen pakaian terkini dengan harga terbaik.

Berpengkalan di Muar, Johor dan mempunyai ramai Agen jualan yang mngamalkan konsep berniaga beramai-ramai. Ya, kami berniaga secara berjemaah.

Dengan pertambahan pelanggan yang sangat seronok memakai pakaian Glory, kami akan berusaha menjaga kualiti & berkhidmat untuk anda. Ewahh

Kami Yakin

Pelanggan yang seronok pasti akan membeli berkali-kali. Sebab itu kami sentiasa bertambah baik bagi memastikan pelanggan mendapat apa yang dikehendaki.

Percaya atau tidak, memang pelanggan Glory sangat seronok dengan Glory. Di antara gambar-gambar mereka yang Awesome berseronok mengayakan produk Glory :-

Kisah Silam

Glory Collection mula membuat jenama sendiri pada April 2012. Alhamdulillah, sedar tak sedar dah beberapa tahun kami berniaga dan berkembang dengan support daripada anda semua.

Buat masa ini misi kami masih sama, untuk memudahkan & memberi peluang untuk semua semua orang berniaga bersama-sama kami.

Sasaran

Tahun 2015 lebih mencabar kerana kali ini kami set sasaran berganda-ganda lebih tinggi daripada tahun sebelum ini. Insya-ALLAH ada beberapa sasaran yang telah dikongsikan bersama Agent Glory.

Mohon semua doakan kami berjaya yer :-)

doakan-Glory